Graduate Excellent Programme (GrEP) | Asia Pacific University (APU)

You are here

Graduate Excellent Programme (GrEP)



MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) Education Loan Application for Year 2024 are now open for all local postgraduate students at APU (selected postgraduate & PhD programmes only). Please note that the loan is only applicable for student who fulfilled the MARA requirements. 

The online applications are now open from 06 May until 24 May 2024 - https://www.mara.gov.my/en/graduate-excellence-programme-grep-11/

Program Yang Ditawarkan

Program Sarjana:

Doktor Falsafah (PhD)

NOTA: Kursus akhir yang diluluskan adalah tertakluk kepada syarat dan terma dari pihak MARA

Syarat Dan Kelayakan Akademik

Syarat Umum:

1.

Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.

2.

Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 tidak melebihi 35 tahun bagi Sarjana dan 45 tahun bagi doktor falsafah.

3.

Permohonan dibuka kepada pelajar baharu dan pelajar sedia ada dengan baki tempoh pengajian tidak kurang daripada satu (1) tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat.

4.

Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.

5.

Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.

6.

Tidak pernah menerima tajaan/bantuan kewangan daripada manamana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

7.

Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.

8.

Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

9.

Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini TIDAK akan dipertimbangkan.

Syarat Akademik

Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelulusan akademik CGPA seperti yang dinyatakan, layak dipertimbangkan sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Sarjana:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.

Doktor Falsafah (PhD):

Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya. 

Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan.

Syarat Program:

1.

Permohonan ini terbuka kepada pemohon yang akan memulakan pengajian sebelum 31 Disember 2024.

2.

Permohonan ini terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA (tidak termasuk Online Learning) dan telah mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih mengikut bidang tertentu.

3.

Bagi pemohon yang sedang bekerja akan dipertimbangkan yuran pengajian sahaja.

4.

Pemohon di peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.

5.

Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan-Badan Profesional pengiktirafan dalam negara seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.

Tempoh Pinjaman

Tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.

Download